Wednesday, February 10, 2010

Ntah pape la ko ni keane..

ape la nak jadi ngan ko ni keane..
mangat je 24 jam..
mangat tak bertempat lak tuh..

padan la kat skola duk kena kutuk 24 jam jer..
hahaha.. you should feel sorry for yourself, LOSER!

mangat je dulu nak jadi pengawas, xdapat pun..
mangat nak mampus maen ragbi, tak power2 pon..
skang mangat je join event tuh la, event ni la..
sampai final year pon nak join, hish2..
sudah2 la tuh keane..

kamon la keane..
nak mangat pon bertempat la sket..
tak perlu kot nak nyusahkan orang lain..
benda tak yah wat ko nak wat..
sayur la sial..
LOSER!

mangat lagi! capap la lagi!
tak ke mana la ko tuh keane..
BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

Saturday, February 6, 2010

Dulu aku pernah..

fuhh.. penat bermain (mainlah sangat~) treasure hunt pagi tadi time family day FESCO 2010..
balik2 blk terus terlentang tanpa aku sempat makan dan mandi..
petang ni prektis dance plak.. then malam nih barbeque! chaiyok!
moga petang ini lebih baik dari pagi dan malam ini lebih baik dari petang ini dan lebih baik dari barbeque2 yang lain.. amin..

duk sebuk upload gambar kat fb, aku pon sempat la belek2 album2 gambar kat fb..
so aku trase nak share sikit tentang dulu aku pernah..

..main ragbi untuk sekolah dan universiti..
kalau korang pernah jumpe aku first time, sure ta k percaya yang aku main ragbi..
mungkin sebab aku xberapa tinggi..
mungkin jugak sebab aku tak berapa besar..

seronok main ragbi..
permainan yang perlu guna otak dan fizikal serentak..
kena berfikir cepat dan sangat agile..

tapi sekarang, aku nak lari pon kne mkn ubat..
sedih plak tak dapat main ragbi lagi..
sebab aku sangat-sangat suka main ragbi..

no 19, jersi aku ketika di sekolah.. aku memang nak sangat no 9.. tapi mungkin aku tak cukup bagus..
tak apa, aku akan cuba lagi..
mungkin 5 tahun di sekolah belum mencukupi..

me in the middle.. time ni friendly game dengan SDAR..
aku kena sin bin time ni sebab lawan cakap ref..
xper2.. ref SDAR.. bias gila..

Raiders.. team ragbi Jan06.. my batch team kt UTP..
aku dapat main UTP Rugby League and dapat anugerah Most Promising Junior Player..

UTP Rugby Team - Knights..
aku cukup seronok dapat wakil UTP walaupun aku baru je 3 bulan di UTP..

 

..then lepas tu, byk jugak game aku da wakil UTP..
sampai la friendly game before Sukan Perak..
time tuh aku injured yang agak teruk..
doktor kata aku tak boleh main for 1 year..
sedih sangat.. sebab lepas tuh aku tengok je la dak2 ni main kat padang..
nak join tak boleh..
habis badan aku naik.. gemuk2..
muncul la buncit2 di perut dan lemak2 di bawah dagu..
cess...

..sekarang, bangun pagi je lutut sakit2..
kalau tak makan supplement sket jer, mule la wat hal..
haish.. ble la aku boleh main balik..

bile la ek..

Friday, February 5, 2010

FESCO datang lagi!


Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, hubungi fesco2010@gmail.com atau direct ke project manager which is me at keane09@gmail.com dengan subjek: FESCO Enquiry atau FESCO Booking.

Wednesday, January 20, 2010

FYI! .Sayangi Hati Anda Setiap Hari.

 Hati, atau liver dalam bahasa Inggeris adalah antara organ-organ terpenting dalam badan manusia. Hati berfungsi sebagai sistem penapisan toksin-toksin berbahaya melalui proses penyahtoksin. Hati membantu menukarkan agen-agen asing dalam badan seperti ubat-ubat kimia dan hormon-hormon berlebihan yang tidak berguna ke dalam bentuk larut air untuk dibuang melalui proses perkumuhan (wap udara pernafasan, kencing, perpeluhan).




Pengambilan ubat-ubatan moden yang kebanyakan merupakan hasil gabungan dan campuran bahan-bahan kimia sintetik dapat menjejaskan keupayaan hati untuk berfungsi dengan baik sehingga mampu merosakkan hati. Kemunculan ubat-ubatan baru dipasaran menyebabkan orang ramai cenderung untuk bergantung kepada ubat-ubatan sebagai makanan tambahan atau supplement untuk menjaga kesihatan. Oleh kerana ia mudah diperoleh di kedai-kedai ubat dan farmasi, kebanyakan dari kita mudah mendapatkannya tanpa merujuk kepada doktor dan cuma bergantung kepada maklumat dari internet.




Kita perlu sedar bahawa pengambilan berlebihan adalah berbahaya untuk tubuh badan. Sistem imunisasi dan pertahanan badan akan kurang cekap jika badan sudah terbiasa bergantung kepada bahan-bahan kimia yang akhirnya akan merosakkan hati kita. Kita hendaklah beralih kepada bahan-bahan organik yang berkhasiat seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisional terdahulu. Jika ingin mendapatkan supplement, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi dan pilihkan untuk ubatan organik. Amalkan buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi serat yang tinggi untuk membantu hati anda mengurangkan toksin dalam badan. banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk menguatkan fizikal anda sekaligus membantu menguatkan badan anda di luar juga di dalam.

Link yang disediakan di sini adalah untuk rujukan tentang bahan-bahan kimia dalam ubatan yang berisiko untuk merosakkan hati anda jika diambil terlalu kerap dan berlebihan dari dos yang disyorkan. Selamat menjalani hidup yang sihat dan selamat beramal.




p/s: aku da selalu makan ubat-ubat tahan sakit sumer ni.. supplement pon da macam-macam aku telan pasal aku nye lutut yang sakit tak habih-habih ni.. risau plak kot2 rosak hati aku nh.. camner ek nak bersihkan hati dari toksin2 tuh ek? korang ader tips x?

Monday, January 18, 2010

WEML! .bakpolah pitih deras bena abih..




 

susah tol la bile fulus tak brape nak lulus..
oh pemberi pinjaman boleh ubahku, tolong jangan masuk duet lambat-lambat ye..

and neway, this link is especially for girls reader (boys pon dialu-alukan..)
cube usha, and korg stuju ke tak..
then comment la kt this post okay?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails