Friday, November 27, 2009

OMG! .Jom Pergi Rock The World!





The Morven, KlassKensel, The Motives, dan Machaas2 sekalian, jom ramai-ramai pergi tengok RTW jejomz!
Sape2 nak g jgn lupe roger aku skali wei!

Thursday, November 26, 2009

FYI! .h.o.m.e.

at last.. dapat rasa cuti sem.. and its my last one as a student.. amin..
lepas ni nak masuk alam pekerjaan pulak..

oh well, cuti ni aku nak rehat puas2 lagi 2 minggu bermula la azab aku untuk sem depan..
go keane go, fyp biar xgempak, janji kau lepak, janji kau grad da la.. muahaha


oh.. missing my Sayang already~ T_T

Tuesday, November 24, 2009

WTF! .kerana cemburu testis disentap.

England, 24th November - Akibat perasaan cemburu dan syak wasangka melampau, seorang ibu berusia 34 tahun, Helen Hodge telah menyerang kekasihnya dan menyentap skrotum kekasihnya hingga terkoyak. Helen menuduh kekasihnya curang dengan berfoya-foya dengan perempuan lain.


Helen Hodge (Sumber - The Sun UK)


Kejadian berlaku ketika kekasihnya, Billy pulang dari menyambut kemenangan pasukan bolanya. Helen menyerang kekasihnya di rumah flat tempat penyokong-penyokong pasukan Dundee di bandarnya. Helen menerjah masuk ke dalam rumah lalu menyerang Billy di muka dan kepala berkali-kali. Biliiy yang ketika itu hanya memakai seluar dalam menolak Helen dan memaksanya keluar dari apartment. Secara tiba-tiba Helen bertindak menggenggam skrotum kekasihnya dan menyentap sekuat mungkin.

Billy berjaya menolak Helen keluar dari apartment namun tidak sedar yang skrotumnya tekoyak dan mengalami pendarahan yang banyak. Sumber dari The Sun menambah:

"His scrotum had been ripped open and his testicles were dangling by his legs. There was blood all over the flat." - The Sun UK.

Billy dikejarkan ke hospital oleh abangnya akibat gagal memberhentikan pedarahan.



Billy Duncan(mangsa) - Sumber: The Sun UK


Helen yang dilepaskan dari tahanan polis semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Beliau yang mempunya seorang anak berumur 3 tahun hasil bersama Billy mengatakan bahawa mereka selalu bergaduh dan Billy selalu menuduhnya curang dan bukan-bukan. Helen merasakan Billy yang bersalah dan cuba menyembunyikan sesuatu darinya atau keliru antara Helen atau perempuan lain yang ditidurinya.

Helen berkata:


"I've forgotten what his balls even look like. He's not been near me for months."


Doktor telah berjaya menyelamatkan testis Billy setelah pembedahan kecemasan dilakukan. Ketika ditemui malam semalam, Billy tidak mahu memberi apa-apa komen tentang kejadian itu dan membiarkan kes itu disiasat oleh pihak polis.


Sumber - The Sun UK.

FYI! .Potentia J Refresher Course.


Bangun-bangun pagi hari ini tak macam hari-hari lepas, dalam 2 minggu yang lalu.
Rasa senang hati sebab semua paper exam dah habis aku lenjan.
Bangun-bangun jugak lah aku blank tak tahu nak buat apa, sebab kalau ada paper lagi aku akan ke IRC untuk mentelaah bersama-sama Suraya.
 Tapi pagi ni memang berniat nak pergi jugak IRC. Yes, pergi IRC. Aku nak teman my sayang study.

Tengah bersiap-siap tiba-tiba gtalk aku berbunyi ting-tong, ting-tong.
Rupanya Pa'in yang pm aku. Dia mintak tolong volunteer untuk ESU Training Of Trainers Module.
Memang just nice sebab event tu buat kat undercroft and kejap je. (kejap la sangat~)

So aku pun bersiap, fetch my darling kat blok dia and off we go to IRC.
Sampai sana, my darling pun masuk IRC while aku pergi cari Pa'in kat undercroft.
Kat sana baru la aku tau, rupanya ESU tengah training staff-staff Petronas untuk Educamp this coming December.
So aku dan beberapa orang yang da habis final ni akan dijadikan volunteer untuk mock interview. Bila sampai je kat undercroft, rupanya banyak volunteer yang ESU panggil. Ada juga student-student tajaan ESU yang dari Form 4 datang untuk jadi volunteer.
Bila da sort punya sort, aku dan budak-budak final dapat turn last sekali. Lepas lunch. Cess..

Well, menarik gak dapat run through the Potentia J interview process sekali lagi. Tapi kali ni disebabkan staff sedang di assess, so yang tukang interview aku bukannya seorang, tapi 12 orang staffs. interview yang sepatutnya 10 minit jadi 30 minit.
then lepas inidividual assessment, aku masuk sekali lagi dengan my group untuk group discussion, sebijik macam time Educamp dulu.
Walaupun aku tahu kitorang tengah buat mock interview, tapi still cuak gila bila kena panggil masuk assessment dan ada 12 orang assessors depan mata ko. Keliling penuh staffs. Itu tak campur lagi dengan orang yang tengah evaluate assessor2 tu.

Lepas habis event tuh, lepak la kejap dengan budak-budak sekolah yang datang and tanya skit pasal SBP. haha.. xley blah langsung..
Lepas tea break aku pun terus balik and feel a lil bit guilty sebab tak dapat teman my sayang study.
Sorry tau dear, sorry sangat.


kat bawah ada gambar-gambar dari aktiviti tadi, for your viewing pleasure. =)

.
.


 

 

 

Monday, November 23, 2009

OMG! .10000 Pelawat Untuk BoboBuatBlog!

Tahniah2.. Bobo telah berjaya memperoleh pelawat blognya yang ke-10000..
Siapa? jeng3..

.
.
.

(klik gambar untuk lebih jelas..)

ini buktinya, dan sayalah orang nye.. hehe.. so En. Anwar@Bobo@An,

CONGRATULATION!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails