Tuesday, December 15, 2009

OMG! .Congratz Harimau Muda!


Semalam aku berbangga menjadi rakyat Malaysia setelah pasukan bola sepak kebangsaan berjaya melunaskan dahaga final Sukan Sea apabila mara setelah menang dengan tuan rumah, Laos dalam aksi separuh akhir kedua semalam.




Dua jaringan Baddrol Bakhtiar dan satu gol dari Safiq Rahim meletakkan Malaysia ke pusingan akhir setelah kali terakhir berjaya ke final pada tahun 2001, iaitu ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Sea. Kali ini mereka akan berjuang menentang Vietnam, yang merupakan juara kumpulan A, yang membelasah Singapura 4-1 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Untuk perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 19/12/09 ini, Malaysia perlu lebih mengawal bola dan memastikan posession yang lebih banyak. Kecuaian yang menyebabkan Laos berjaya menjaringkan satu gol adalah disebab oleh pemain Malaysia yang mudah terlepas bola dan tidak menunjukkan usaha untuk memenangi bola yang berjaya dirampas lawan. Vietnam yang berjaya menumpaskan Malaysia pada peringkat kumpulan mungkin boleh tersenyum lebar kerana berjumpa kembali dengan naib juara Kumpuan A ini. K Rajagopal perlu memastikan anak buahnya tidak mensia-siakan peluang apabila mendapat penguasaan bola dan pemain sentiasa memberi support ketika menyerang.

Semoga pasukan Harimau Muda dapat menamatkan kemarau piala Sukan Sea pada kali ini. Marilah kita rakyat Malaysia berdoa dan menyokong pasukan kita. Siaran langsung untuk perlawanan akhir akan ditayangkan di TV1.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails