Opss.. jangan salah sangka.. post ini bukan untuk promote biskut Tiger. Tak ada juga kena mengena ngan skandal Tiger Woods. Post ini adalah untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Harimau Muda a.k.a Skuad Bolasepak Bawah 23 kerana berjaya menamatkan penantian emas Sukan Sea Malaysia dengan kemenangan 1-0 ke atas Vietnam.
Hasil berkat kecekalan, doa rakyat Malaysia serta tuah membolehkan Malaysia menewaskan segala taktik-taktik kotor Pasukan Vietnam dan juga aksi berat sebelah pengadil yang tampak lebih berpihak kepada Vietnam. Alhamdulillah dan syukur kerana akhirnya Rajagopal dan anak-anak buahnya berjaya membuktikan bahawa Malaysia juga tahu main bola.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawee dan juga kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan yang berjaya mematahkan serangan demi serangan. Sharbinee yang menyerlah sepanjang kempen Sukan Sea harus diberikan pujian kerana berjaya mengawal barisan pertahan dan gawang gol dengan begitu baik. Walaupun gandingan Baddrol Bakhtiar dan Safiq Rahim tidak begitu menjadi, namun Malaysia tetap kreatif dalam serangan di separuh masa kedua dengan Kunalan, Gurusamy, dan Zaquan Adha membekalkan ancaman demi ancaman kepada gol Vietnam. Ternyata serangan bertubi-tubi pasukan Malaysia berjaya menggugat pertahan Vietnam sehingga pemain mereka, Mai Xuan Hop tertampan bola ke dalam gawang sendiri.
pasukan Malaysia sedang meraikan gol manakala Mai Xuan Top (jersi putih) menutup muka tanda kecewa
Mutu pengadilan pada perlawanan akhir sangat mengecewakan apabila pemain pasukan Malaysia sentiasa dikasari lawan namun pengadil nampaknya lebih memihak kepada Vietnam dengan kelebihan-kelebihan yang diberikan. Tapi semua itu tidak berjaya mematahkan semangat pemain-pemain Malaysia.
Sharbinee Allawee, hero Malaysia..
Aidil dan Zaquan, tonggak pasukan Bawah 23..
Syabas! dan terima kasih kepada pasukan Harimau Muda Malaysia!