Wednesday, January 20, 2010

FYI! .Sayangi Hati Anda Setiap Hari.

 Hati, atau liver dalam bahasa Inggeris adalah antara organ-organ terpenting dalam badan manusia. Hati berfungsi sebagai sistem penapisan toksin-toksin berbahaya melalui proses penyahtoksin. Hati membantu menukarkan agen-agen asing dalam badan seperti ubat-ubat kimia dan hormon-hormon berlebihan yang tidak berguna ke dalam bentuk larut air untuk dibuang melalui proses perkumuhan (wap udara pernafasan, kencing, perpeluhan).




Pengambilan ubat-ubatan moden yang kebanyakan merupakan hasil gabungan dan campuran bahan-bahan kimia sintetik dapat menjejaskan keupayaan hati untuk berfungsi dengan baik sehingga mampu merosakkan hati. Kemunculan ubat-ubatan baru dipasaran menyebabkan orang ramai cenderung untuk bergantung kepada ubat-ubatan sebagai makanan tambahan atau supplement untuk menjaga kesihatan. Oleh kerana ia mudah diperoleh di kedai-kedai ubat dan farmasi, kebanyakan dari kita mudah mendapatkannya tanpa merujuk kepada doktor dan cuma bergantung kepada maklumat dari internet.




Kita perlu sedar bahawa pengambilan berlebihan adalah berbahaya untuk tubuh badan. Sistem imunisasi dan pertahanan badan akan kurang cekap jika badan sudah terbiasa bergantung kepada bahan-bahan kimia yang akhirnya akan merosakkan hati kita. Kita hendaklah beralih kepada bahan-bahan organik yang berkhasiat seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisional terdahulu. Jika ingin mendapatkan supplement, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi dan pilihkan untuk ubatan organik. Amalkan buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi serat yang tinggi untuk membantu hati anda mengurangkan toksin dalam badan. banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk menguatkan fizikal anda sekaligus membantu menguatkan badan anda di luar juga di dalam.

Link yang disediakan di sini adalah untuk rujukan tentang bahan-bahan kimia dalam ubatan yang berisiko untuk merosakkan hati anda jika diambil terlalu kerap dan berlebihan dari dos yang disyorkan. Selamat menjalani hidup yang sihat dan selamat beramal.




p/s: aku da selalu makan ubat-ubat tahan sakit sumer ni.. supplement pon da macam-macam aku telan pasal aku nye lutut yang sakit tak habih-habih ni.. risau plak kot2 rosak hati aku nh.. camner ek nak bersihkan hati dari toksin2 tuh ek? korang ader tips x?

7 comments:

SuRayA^i. said...

minum spirulina!~

Orkid said...

kerap minum air untuk perkumuhan. bykkan mkn buah buahan utk snangkan proses penyahtinjaan. tu je kot cara pling safe. tp lmbt ckitla utk buang toksik

Khairil Hafizi said...

sur- spirulina?

Khairil Hafizi said...

orkid - hurm.. agak ar.. maybe ader tips2 mcm mkn certain2 herba cine ker..

safwanah said...

satu lg cara..trylah mkn gamat healin tu yg mcm ade kat tmn maju tu.
kalau nk tau ng lebeyh lnjut, bole btau sye...
diskaun bole dpt..installment diterima...
ngeee~

safwanah said...

satu lg cara..trylah mkn gamat healin tu yg mcm ade kat tmn maju tu.
kalau nk tau ng lebeyh lnjut, bole btau sye...
diskaun bole dpt..installment diterima...
ngeee~

Khairil Hafizi said...

saf -aik, smpt lagi ko berbiznez..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails