Dah lebih kurang seminggu Allahyarham Din Beramboi pergi bertemu Yang Maha Esa dan meninggalkan kita semua. Pemergian yang sangat pantas dan mengejutkan tuh banyak memberi kesan kepada kita. Betapa sedihnya Pak Nil sehingga masih lagi tidak kembali bertugas untuk pagi di Era, dengan munculnya adik Rafiqin yang popular instantly kerana post die yang agak offensive. Banyak juga kecohnye di blog-blog dan sebagainya apabila penyokong arwah bertekak berhari-hari dengan golongan-golongan anti-arwah.
But among other things, pemergian arwah secara mengejut mengembalikan semula kisah pemergian seorang sahabat aku, sahabat sekolah menengahku, yang juga begitu pantas meninggalkan kitorang semua. Allahyarham Faizal Zulhisham bin Saadon, classmate ku semenjak dari tingkatan 1 sehinggalah pemergiannya semasa di tingkatan 3. Aku dulu di kelas 3 Jaya, satu-satunye kelas aliran muzik kat sekolah aku dulu. So, secara praktikalnya, kami takkan bertukar kelas sampai la tingkatan 3. Seingat aku, budak-budak dalam kelas kitorang jarang sekali bergurau atau mengusik arwah kerana sifatnya yang pendiam dan tidak mengganggu orang lain.
Namun, 2 minggu sebelum perginya arwah, kitorang selalu sangat kacau dia. Setiap hari ada saje mende pasal arwah yang akan dijadikan bahan. Memang 2 minggu itulah, kitorang sangat-sangat mesra, sangat-sangat rapat dengan arwah. Apa saja yang kitorang buat, kitorang akan ajak dia. Seminggu sebelum pemergian dia, aku pergi outing dengan arwah, berjalan kt KL. Jauh jugak la perjalanan masa tuh, sebab kitorang baru pindah pergi Putrajaya, and we took a bus from Presint 1 to Puduraya. I had an overwhelming happiness that day bila aku kuar dengan dia. Bila kitorang berjalan kat Petaling Street, arwah ader berkenan kat satu jersi ni, berkenan sangat-sangat. Aku pon decide to buy that jersey for him. And malam tuh dier terus tayang baju berjalan ke seluruh floor kitorang. Die sangat hepi malam tu. Sangat-sangat hepi.
Suddenly esok paginya (Ahad), arwah jatuh sakit. Die demam yang agak kuat. Time tuh dier pergi bilik warden, mintak hantar pergi klinik tapi warden just bagi pil KK kat dia. Malam tuh demam dia makin teruk, and on the next day, family dia terus datang ambil dia balik and hantar pergi treatment. Sepanjang minggu tu, kelas kitorang kurang meriah sebab arwah takde untuk disakat dan diusik. On Friday morning, as we are going back to class after our bengkel KH, kitorang blank sebab tengok ramai our batch yang menangis kat kantin. Our first thought is that maybe someone kene buang skolah coz time-time tuh ramai sangat orang kene buang sekolah. So tak kesah sangat la.
But then we were reduce to tear as one of our friends bagitau yang arwah da meninggal. Subuh Jumaat tuh arwah meninggal di hospital. Doktor cakap dia meninggal sebab TB virus infected him mase dia demam. Kitorang memang terkejut dan hampir tak percaya arwah da takde sebab baru seminggu lepas dier berjalan kat setiap bilik, berborak ngan semua orang, tayang-tayang jersi baru dia. Tak sangka, itu cara dia ucapkan selamat tinggal kat kitorang semua. Tak sangka juga malam tuh kali terakhir aku jumpa dia.
Aku selalu dengar yang orang-orang yang meninggal pada hari Jumaat ni terlepas dari seksa kubur, dan aku rasa pemergiannya itu pada hari Jumaat, betapa Allah sayangkan arwah. Dia memang baik, sangat baik. Pendiam, dan tak selalu buat hal. Allah sayangkan ko lagi Pejal! sebab tuh dia jemput ko dulu.
Semoga roh ko tenang di sana. Semoga Allah tempatkan ko antara orang-orang yang dikasihinya.