Wednesday, May 26, 2010

Post-exam, Pre-graduation People!

fuhh.. what a day semalam.. lot of things being done.. sampai-sampai bilik je terus flat.. tidur sampai tengahari~ lepas dah lama tak kuar berjalan-jalan, aku ngan Suraya pun semalam terus pergi Ipoh setelah plan dekat seminggu lebih. Oleh kerana kitorang berdua dah abis paper, so we decided to enjoy ourself sungguh-sungguh~

So bangun-bangun pagi je kitorang terus pergi wat clearance untuk graduation.. So, kitorang pergi mana yang boleh dulu, macam clearkan username ngan password dekat ITMS, then clearkan hutang-hutang kat Finance, and clearkan segala hutang-hutang di IRC..
We had our lunch kt Village 1.. Suraya have herself nasi putih, sayur and tempe while aku plak makan roti nan kat situ. Saje nak try. hehe.. best jugak nan kat kedai Pak Ali ni.. Harga pun standard, RM1.50 jer..
Lepas lunch terus kitorang bergerak ke Ipoh dengan destinasi pertama kitorang ialah

The Sunway City Lost World of Tambun!

Kitorang sampai dalam pukul 2 lebih.. Fee nak masuk dah naik from RM25 dah jadi RM30.. and diorang da letak rules baru yakni tidak boleh pakai tracksuit kalau nak main air. tapi walaubagaimanapun, kitorang wat dunno jer and terus main tanpa menghiraukan guard-guard disitu.. hehe..
Main air kejap, then kitorang naik train g ronda-ronda, tengok tiger feeding show then pergi Petting Zoo.. Seronok Suraya dapat main ngan arnab, guinea pig and hamster yang gebu-gebu dan gemuk-gemuk kat situ.. Lepas pergi Petting Zoo kitorang terjun dalam Kolam Air Panas then lepak kat Artificial Beach sampai hujan lebat turun.. Bila da kena halau ngan lifeguard baru kitorang siap-siap salin baju semua..



Hujan yang lebat memaksa kitorang berlari ke kereta yang diletakkan agak jauh, semata-mata kerana nak letak bawah pokok. Sampai-sampai kat kereta, kereta tak boleh bukak. Rupanya kereta aku habis bateri.. So dalam hujan tuh jugaklah Suraya menolak kereta kembaraku itu.. heee.. sori terpakse tolak kereta.. :P
Oleh kerana tak dapat jugak start, sorang staff kt situ pun tolong carikkan kereta untuk jumpstart kereta aku..  Fuhh, seb baik.. :-D

Lepas kereta dah okay, kitorang terus pergi mencari kedai Mee Rebus Ramli yang kuar kat NST minggu lepas. Sekali lagi Suraya menunjukkan kehebatan beliau yer rakan-rakan, sekali teka je jalan terus jumpa kedai Mee Rebus Ramli.. hebat2.. So, sampai-sampai je, apa lagi, terus kitorang order mee rebus yang feymes tuh, aku order kopi'o kaw kurang manis and Suraya lak minum teh'o suam. Makanan tak mahal, RM3.50 jer and kuah mee rebus tuh memang best. Aku sampai hirup kuah dia bagi licin, rugi woo kalau tak abiskan. plus dapat telur rebus sorang sebijik tuh. hehe..


Lepas kenyang makan, kitorang proceed ke Jusco Kinta City untuk tengok Shrek kul 9 malam. Memang nice pergi tengok movie hari Rabu sebab tiket murah. RM7 instead of RM11 or RM12 untuk hari-hari biasa. Sori la gambar tengok Shrek tak ada. Mana boleh guna kamera dalam panggung, nanti kene prostituted, eh2 silap, prosecuted. hehe.. BTW, two-thumbs for Shrek Forever After 2010. Memang besh! Sape tak tengok lagi sila tengok sekarang yer. Sila tengok di panggung and bukan di dalam laptop. =P


Lepas tengok Shrek, kitorang gerak ke Lumut plak. Saja nak lepak kat waterfront memandangkan malam masih muda. Untuk supper, kitorang makan Burger Manchester United. Eh, ape? Man U ader burger? haa.. sure korang tak caye.. Kedai burger ni dekat sebelah bus terminal Lumut and bukak hingga larut malam. Menu-menu kat sini sangat menarik sebab ada burger ikan, oblong kambing, burger udang and burger daging arnab. Aku try burger arnab and Suraya pulak makan burger ikan. Memang best sebab dapat rasa daging arnab yang lembut and tekstur daging ikan yang still maintain. So, sape-sape yang dah nak grad tuh, try lah burger ni. Syiok wei!


Jam dah dekat pukul 3 and mat-mat rempit pun dah start memenuhi kawasan waterfront, so kitorang bergerak ke kereta dan balik UTP.. Sampai around 4 pagi and terus flat sampai tengahari..

Okay, hari baru, mari setelkan prosedur-prosedur yang patut untuk grad! Kawan-kawan, gud luck sape-sape tak abis paper lagi!

8 comments:

Suraya I. said...

weehuu da pndai gune photoscape nmpknye~ =p

Khairil Hafizi said...

ngeee... saye budak baru blaja.. kalau salah jgn cucuk2~ :P

oyenks said...

nice la :)

fammy thaw said...
This comment has been removed by the author.
AFIQ AZIZI said...

hari selasa klau tgk wayang.
untuk wanita.
rm7 jugak.
sbb ladies day.
men day tak de pun
=(

AFIQ AZIZI said...

hari selasa klau tgk wayang.
untuk wanita.
rm7 jugak.
sbb ladies day.
men day tak de pun
=(

Khairil Hafizi said...

oyenks - hehe.. enjoy sbb da abeh blaja~ wakaka~

Khairil Hafizi said...

apiq - tau xper.. ini diskriminasi! cess~ :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails