(b)Jangan berdayung di hari hujan,
Nanti karam hujung tanjung,
Curah segayung air tempayan,
Dapatkah padam api di gunung.
.
.
(k)Di tengah salju api menyala,
Atas gunung tinggi puncaknya,
Bagai duka dalam gembira,
Sejuk di luar, panas dalamnya.
.
.
(b)Tidak cempaka kembang merah,
Kalau merah bulan pun jatuh,
Hati luka tak namapak berdarah,
Dalam air badan berpeluh.
.
.
(k)Hati luka tak nampak berdarah,
Dalamnya luka siapa yang tahu,
Ada penawar, jangan diresah,
Ubatnya cinta, balutnya rindu.
.
.
(b)Kalau rindu hati berdendam,
Kalau cinta mahu berjumpa,
Runsing hati rembang malam,
Apakah ubat jiwa yang lara?
.
.
Itulah pantun-pantun yang sempat dijual beli oleh aku (k) ngan bido (b) kul 3 lebih pagi tadi.. so sape rase ley jawab pantun bido yang last tuh, sile2.. reply kt my komen k.. =)
p/s: punye la aku blank nk jawab yang last tuh, sampai tercipta peribahasa baru;
bagai anak singa di suruh berburu.(maksudnya: menyuruh beginner wat kene pro.)
4 comments:
Jiwa lara memendam cinta,
Cinta dipendam menipu dunia,
Hatiku girang melihat Si Dia,
Dikaulah pengubat jiwa dan raga.
dengan feedback dari Zul...
mana hadiah aku?
pakej berbuka puasa dan sahur 3 hari 3 malam...
haha
hahaha.. ko kne mntk kt tuan punye soklan la.. bkn aku.. hehe
mana boleh chen!
pantun kau tak valid.
penggunaan tatabahasa yg salah.
hahahahaha! :P
hahaha... munshi telah berkata2..
Post a Comment