fuhh.. lega rasanya..
habis juga paper terakhir aku untuk sem ni..
maka tamatlah pengajian aku untuk subjek-subjek sem ni. harap-harap sem depan tak jumpa lagi dah subjek-subjek ni. Amin..
Oh ya, oleh kerana aku dapat menamatkan peperiksaan lebih awal, aku pun lepak la di luar menunggu rakan-rakan lain untuk keluar dengan muka lega dan juga gembira seperti aku kerana telah berjaya merdeka sementara untuk sem ini.
sementara menunggu, sempat la aku capai kamera dalam kereta dan bersedia untuk ambik gambar muka-muka gembira untuk dimuat naik ke laman blog ini.
Tiba-tiba terasa nak ambik gambar nama sendiri dekat senarai nama tadi. Bila aku baru nak ambil gambar, baru aku perasan aku ambik subjek lain rupanya.
Subjek apa? Cuba tengok gambar di bawah dan tengok pada nama subjek yang aku bulatkan.
(kalau tak jelas klik pada gambar untuk tengok saiz sebenar)
Haha.. Baru aku perasan. Typo rupanya.. Kelakar pulak bila baca nama subjek.. Macam palaeontologist pulak rasanya bila ambik subjek etnik-etnik ni. Haha..
Oh ye, mana gambar-gambar ceria mereka? terlupa nak ambik sebab mendapat berita kurang best. Lalu terus pulang ke bilik bersama Din.
No comments:
Post a Comment