Tuesday, November 24, 2009

WTF! .kerana cemburu testis disentap.

England, 24th November - Akibat perasaan cemburu dan syak wasangka melampau, seorang ibu berusia 34 tahun, Helen Hodge telah menyerang kekasihnya dan menyentap skrotum kekasihnya hingga terkoyak. Helen menuduh kekasihnya curang dengan berfoya-foya dengan perempuan lain.


Helen Hodge (Sumber - The Sun UK)


Kejadian berlaku ketika kekasihnya, Billy pulang dari menyambut kemenangan pasukan bolanya. Helen menyerang kekasihnya di rumah flat tempat penyokong-penyokong pasukan Dundee di bandarnya. Helen menerjah masuk ke dalam rumah lalu menyerang Billy di muka dan kepala berkali-kali. Biliiy yang ketika itu hanya memakai seluar dalam menolak Helen dan memaksanya keluar dari apartment. Secara tiba-tiba Helen bertindak menggenggam skrotum kekasihnya dan menyentap sekuat mungkin.

Billy berjaya menolak Helen keluar dari apartment namun tidak sedar yang skrotumnya tekoyak dan mengalami pendarahan yang banyak. Sumber dari The Sun menambah:

"His scrotum had been ripped open and his testicles were dangling by his legs. There was blood all over the flat." - The Sun UK.

Billy dikejarkan ke hospital oleh abangnya akibat gagal memberhentikan pedarahan.



Billy Duncan(mangsa) - Sumber: The Sun UK


Helen yang dilepaskan dari tahanan polis semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Beliau yang mempunya seorang anak berumur 3 tahun hasil bersama Billy mengatakan bahawa mereka selalu bergaduh dan Billy selalu menuduhnya curang dan bukan-bukan. Helen merasakan Billy yang bersalah dan cuba menyembunyikan sesuatu darinya atau keliru antara Helen atau perempuan lain yang ditidurinya.

Helen berkata:


"I've forgotten what his balls even look like. He's not been near me for months."


Doktor telah berjaya menyelamatkan testis Billy setelah pembedahan kecemasan dilakukan. Ketika ditemui malam semalam, Billy tidak mahu memberi apa-apa komen tentang kejadian itu dan membiarkan kes itu disiasat oleh pihak polis.


Sumber - The Sun UK.

5 comments:

zik said...

sick!

sya mansor said...

muke lelaki tu cam antonio banderas

Arief Arf said...

wah. bahaye betul!

Khairil Hafizi said...

sya - haha... yeke.. xpasan la plak.. huhu~

Khairil Hafizi said...

arief - haaa.. tuh la pasal... orang pompuan ni xbley maen2.. silap aribulan ape lg yang tanggal..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails