Berikut merupakan soalan-soalan yang dicipta sendiri oleh saya sebagai inisiatif untuk memjadi lelaki yang lebih baik terhadap wanita. Oleh kerana tahap pemahaman saya masih lagi rendah, diharap rakan-rakan dan pembaca dapat membantu terutamanya kaum hawa sendiri dalam proses ini. semoga post ini juga dapat menjadi panduan untuk pembaca-pembaca lelaki yang lain untuk memahami wanita dan juga sebagai platform untuk kaum wanita menyampaikan apa yang kami ingin tahu.
Tak perlu bertapis, lepaskan sahaja apa yang terlintas di fikiran dan hati.
Soalan 1:
Bagaimanakah caranya untuk melayan seorang wanita@perempuan@cikaro@chicks berpangkat girlfriend@marca@gewe@cewek dengan betul?
Soalan 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan "attitude yang betul" yang menyebabkan perempuan terpikat pada seseorang lelaki tanpa mengira rupa parasnya?
Soalan 3:
Bilakah ungkapan "I Love You" yang diucapkan oleh seseorang pakwe@boyfriend tidak memberi kesan apa-apa terhadap girlfriend@awek@gewe nya?
Soalan 4:
Bagaimanakah cara yang kamu inginkan untuk kami mendekati kamu (secara detail) ketika kamu sedang susah hati, bersedih atau sedang tension @ PMS?
Soalan 5:
Wanita@perempuan dikatakan tidak pandai berterus terang dan lebih suka untuk memberi petanda atau hint. Apakah contoh2 hint2 kamu dan apekah maksudnya?
p/s: to rahmah, peah, nisah, saf, tirah, suraya dan kawan-kawan perempuan yang sudah membaca post ini, anda di wajibkan menjawab! =)