Thursday, June 24, 2010

tamat satu bab, melangkah ke bab baru

"jam 4.24 petang, 24 Jun 2010
tempat - unit peperiksaan dan rekod"

secara rasminya aku bukan lagi seorang pelajar utp..


i'm gonna miss those moments... those peoples... those memories..
you guys have coloured my life... you guys are my life..

thanks for everything..
semoga perhubungan silaturrahim antara kita berkekalan..

*sempat snap gamba pakguard~






p/s: alhamdulillah.. hari ini dapat berita baik.. sudah selangkah ke alam pekerjaan..
semoga kita mendapat keputusan yang terbaek dan dapat yang diingini..
i want to serve you, my scholar..!

Monday, June 21, 2010

barbekue ala mahasiswa pencen.

sebagai pakar barbekue, sekali lagi dak-dak techies telah mengadakan aktiviti bakar-bakar yang pertama setelah bergelar penanam-penanam anggur baru..
barbekue yang telah di-mastermind-kan oleh ketua kelas MDEC job camp kitorang,
Snr Emmanuel John Kme dan dibantu oleh rakan-rakan kelas yang telah lama berkecimpung dalam bidang bakar-bakar ni..

so, guess of honour untuk BBQ kitorang this time ialah instructor kelas kitorang..
yang telah menjadi sifu kitorang untuk 2 minggu yang lepas ni..
mungkin lepas ni kme dah boleh pretis panggil instructor kitorang kakak kot..
hehe.. jangan mare~

kali ni, the boys lak yang kene jadi chef untuk perap-perap daging so, memang osem la makanan yang kitorang sediakan~
*motip angkat bakul sendiri.. ok, sile muntah sekarang. 0.o

lepas makan-makan, kitorang pon menjelajah pusing-pusing utp untuk sesi camwhoring plak..
oh well, bila techies dah dapat kamera..

korang tengok je la gambar-gambar ni okay?
nak lagi clear just click gambar tuh k?

*aktiviti bakar-bakar yang diseliakan oleh.. ehem2.. saye sendiri.. hehe~

*bila techies dah start camwhoring..

*watak-watak utama~



p/s: yes! brazil menang!denmark menang! portugal kenduri kimchi malam ni! yeeehaa!

Saturday, June 19, 2010

cube teka lunch saya hari ni..

haa.. da teka? dapat? tak dapat?
.
.
.
.
.
.
.
haa... betul ke korang teka?
yezza, yang tuh la lunch ku pada hari ini..
laksa lagi~

hahaha~ maaf la yer.. tengaok kemaruk nak makan laksa lagi ni..
still tak puas sebab tak dapat cari laksa kuah pekat and pedas masam-masam kaw-kaw lagi ni..
(eh2.. demand sangat aku ni.. :P)

*model yang tidak asing lagi, Cik Suraya ku yang terchenta~

hari ni makan dekat sket.. kat simpang empat dari flyover batu gajah menghala ke bandar batu gajah..
kalau menghala ke batu gajah, korang akan perasan warung tuh kat sebelah kanan korang..
selain laksa, ader mee rebus, mee hailam ngan mee udang.. and ader cendol jugak~



price ok la.. standard jer..
rating laksa dia kalau aku nak bagi per 10, dapat la 5.. hehe..

pas makan kenyang-kenyang, aku bersama Cik Suraya ku menghabiskan masa kat Tesco Pengkalan..
nak balik bilik pon boring, sebab dak-dak lain ader yang pergi Ipoh, ader pergi Penang, and ader yang pergi Lata Kinjang..

sampai-sampai kat Tesco, terus pusing-pusing kat dalam and beli junk food sket and few barang-barang keperluan.. sambil-sambil tuh bergambar jugak la.. hehe..


*Suraya kat spa singgit~

masuk je Maghrib, kitorang terus solat kat surau Tesco pastu stret gi mapley nak tengok game Belanda lawan Jepun..
game yang menarik sebab Belanda mampu menang 1-0 jer..
terus bangga tengok team asia yang power..

pas game terus balik hostel and guess what, kitorang lah orang pertama sampai di kalangan dak-dak ni..
huhu.. so terisi jugak la hari ni..
lepas ni nak gi tengok Denmark lawan Cameroon lak..
mintak-mintak la Cameroon kalah.. wakaka~

Friday, June 18, 2010

tonton wayang gambar - cerita alat permainan 3

akhirnya...
setelah gagal untuk gamble pada minggu lepas..
dapat juga aku melunaskan hajat nak tengok Toy Story 3~
kali ni tak berani gamble, before pergi dah siap-siap book 2 tix..
pergi ngan sape lagi, ngan my other half la.. Cik Suraya terchenta~

*terlalu excited sampai lupa nak ambik gambar semalam, so pakai gambar last week time tengok A-Team je la ek.. hehe..


lepas movie, aku bawak Suraya pergi makan kat Dataran MBI, Greentown..
dah lama jugak tak pergi situ..
kalau tak dulu rajin je pergi situ lepak makan-makan lepas tengok muvie..
best jugak sebab kat situ ader goreng-goreng yang boleh blah cam char kuey tiaw, mee hailam, laksa, ngan kuey tiaw sup..


oleh kerana aku duk mengomel kat Suraya sepanjang minggu ni teringin nak makan laksa, so Suraya pon order la laksa 2 untuk kitorang..
laksa dia boleh belah.. at least dapat melunaskan sket perasaan kepingin..
yang syok sebab die letak cili kecik-kecik yang pedas..
Cik Suraya suke makan pedas yer~
memang syok makan malam-malam..
berpeluh aku korang tau.. hehe..

*eh2.. sori la terlupa nak snap gambar laksa.. tengah lapar time tuh.. so gambar mangkuk kosong ngan Suraya tengah hirup kuah pon jadi la ek.. hehe.. of kos yang licin tuh aku punye.. :P


pastu kitorang try satay kambing ngan daging untuk pencuci mulut..
ader ke orang wat satay jadi pencuci mulut? -_-"

*ni la gambar "pencuci mulut" kitorang... kui kui kui~

pas makan terus balik..
dengan semangat berkobar-kobar walaupon da ngantuk aku tahan gak malam tadi..
semata-mata nak tengok England main..
tapi seri plak dengan Algeria..
urggh.. nyesal je stay up..




p/s: kepada encik Capello, tolong la jangan bagi Heskey main lagi last game.. tak berguna langsung.. tolong la bagi Joe Cole start kat wing kanan, at least bley cross, tak macam Lennon ngan Wright-Phillip yang bodoh tuh!

Wednesday, June 16, 2010

Stress Management System part 2 - Kids & Baby therapy

 jika anda sdang stress, mari sama-sama bergelak ketawa dengan video-video comel di bawah~


















haha.. enjoy~ :P

Panas-panas petang-petang sedap kalau makan cendol.. kan?

aauumm... slurrpp.. nyum nyum nyum..
oooohh... sedap la plak.. manis-manis.. lemak-lemak..


"eh, hee.... alamak.. kantoi plak..."

amcam? nampak sedap tak cendol ni?
hehe.. memang sedap pon..
kalau petang-petang, tengah panas-panas lak tuh..
memang layan kalau makan cendol yang sejuk ni..
oh ye.. takkan la makan sorang-sorang kan?
of course with my chenta hati..


"hye~~ sile2.. jemput makan.. sedap~"

suke2 ati je aku wat dialog sendiri.. hehe.. jangan mare~ =P
.
*cendol ialah antara dessert favourite die tau~*
.
.
haa... nak tau katne?
dekat jer ngan UTP..
kat Dataran Batu Gajah depan Pasaraya TF..
kedai paling kiri skali.. jual kat lori je..

ape yang menarik ialah orang yang jualnye..


suke makan kat sini coz cendol dier sedap and ske tengok this mother dibantu oleh 3 orang anak-anak dia yang still kecik lagi..
terharu tengok anak-anak dia..
tolong kisarkan ais, cuci mangkuk, and tolong serve kirakan..
mungkin tuh yang wat cendol tuh lagi best kot..
air tangan emak yang wat..

oh well.. dah 2 hari hujan petang-petang..
tak merasa nak makan cendol..
takpe2.. ader can nanti ley pergi lagi before abih workshop~

Tuesday, June 15, 2010

Papa's Birthday!

ehem.. ehem..
today's my Papa punya birthday!
So, I want to wish him the very best of birthday..
and I wish him all the good health and wealth in the world..

Papa, I love you!


Mr. Khairi Thaw, you're the man!

and last week also my Mama punya birthday..
since I only managed to phone her on her birthday, so this post is for you too Mama~



p/s: you two are the best couple I've known all my life.. I wish you all the very best of happiness, prosperity and longevity..
I love you two soooooo much!
Sorry sebab degil sangat-sangat~

Monday, June 14, 2010

Ape kaitan?

Q: Ape kaitan parking v4 ngan tasik utp?

A: dalam utp? SALAH!

A:luas? SALAH!

A: Pak gad tak best? SALAH!

A: Aaaa.. Pak gad tak best? BETUL!


haa.. sape tau maen ape kaitan?
kalau tau mesti paham ape aku merapu pagi-pagi ni.. *wink2!

Sunday, June 6, 2010

temuduga berstruktur PETRONAS

at last, masa yang dinanti-nanti akan tiba kurang 24 jam lagi..
tak tahu nak rasa apa..
sekarang pun just menenangkan fikiran sambil tengok tv..
by 12 akan tidur dan esok pagi nak setelkan dokumen-dokumen yang penting..
wish me luck guys!

esok akan bersambung lagi...


..................................................................................


jam 1.03pm...
lagi 27 minit before kene g register kt blok b...
copy da certified... check!
file da arrange... check!
baju blazer tie da setup.... check!
haa... mari mandi~

semoga cerdas otak aku menggoreng karang.. hooyeah!


petang ni bersambung lagi..


...............................................................................


oh... lepas sudah interviewku..
amcam? err... no komen la kot..
pasni kena doa bagi dapat...
amin2~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails